Friday, January 20, 2012

Kemerdekaan Malaysia





A. Ke Arah Kemerdekaan

Selepas Perang Dunia Kedua tamat, iaitu pada tahun 1945, British telah kembali menjajah Tanah Melayu. Namun, para para pemimpin Tanah Melayu telah bersatu berjuang menentang penjajahan British. Mereka telah bersatu dan berjuang mendapatkan kemerdekaan negara.

Kerjasama antara Kaum



Para pemimpin Tanah Melayu menyedari bahawa perpaduan antara kaum adalah penting untuk mendapatkan kemerdekaan daripada British. Jawatankuasa Hubungan antara Kaum telah dibentuk. Para pemimpin Melayu, Cina dan India bersepakat menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa perhubungan antara kaum. Hasilnya, perpaduan seluruh rakyat dapat dibentuk melalui penggunaan bahasa melayu. Rundingan kemerdekaan pula dapat diadakan dengan pihak British.

Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan

Para pemimpin pelbagai kaum telah bersetuju menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan negara. Oleh itu, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang dirangka pada tahun 1956 telah meletakkan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan. Walaupun begitu, bahasa lain boleh digunakan dan dipelajari.

Agama, Kepercayaan dan Kebudayaan Kaum

Rakyat negara kita mengamalkan pelbagai agama, kepercayaan dan kebudayaan .


0 comments:

Post a Comment