Thursday, November 10, 2011

Hari Raya Para Malaikat


Diriwayatkan dari Abi Umamah Al-Bahili dia berkata bahawa Rasullullah SAW telah bersabda: "Apabila datang bulan Syaaban, maka bersihkanlah dirimu dan perbaikilah niatmu di dalamnya."

Hadith dari Usamah ra:Aku berkata; Ya Rasullullah SAW aku tidak pernah melihatmu berpuasa satu bulan dari bulan-bulan ini seperti puasa di bulan Syaaban." Sabda Rasullullah SAW: "Wahai Usamah, itu adalah satu bulan yang kebiasaan manusia lengah daripada antara bulan Rejab dan Ramadhan. Syaaban adalah satu bulan yang didalamnya diangkat amal-amal ini kepada Tuhan seru sekalian alam, maka sebab itu aku suka kalau amalku diangkat sedang aku dalam keadaan puasa."

Dikatakan bahawa sesungguhnya malaikat-malaikat di langit memilih dua malam hari raya. Hari raya bagi para malaikat ialah malam Bara'ah iaitu malam nisfu Syaaban dan malam lailatul Qadar, dan raya bagi orang-orang Islam di bumi ialah pada hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

As-Subki dalam tafsirnya menyatakan: "Sesungguhnya malam nisfu Syaaban itu munutup dosa-dosa setahun, malam jumaat menutup dosa seminggu dan malam Lailatul Qadar menutupkan dosa seumur hidup."

0 comments:

Post a Comment