Monday, October 3, 2011

Bahagian Air

Soalan: Ada berapa bahagian air dan apakah pengertian setiap satu darinya?

Jawapan: Air terbahagi kepada empat:

1. Air yang suci lagi menyucikan,tidak makruh menggunakannya,iaitu air mutlak.

2. Air yang suci lagi menyucikan,makruh menggunakannya iaitu air yang terjemur dipanas matahari.

3. Air yang suci tidak menyucikan, iaitu air yang mustakmal dan air yang berubah dengan sesuatu yang suci.

4. Air mutanajis,iaitu yang jatuh ke dalam najis (huraian akan datang).


Air Mutlak

Air mutlak ialah air yang disambut dengan tidak berqaid dengan sesuatu,iaitu tujuh jenis air.

1.Air hujan
2.Air laut
3.Air sungai
4.Air Telaga
5.Air mata air
7.Air salji

• Apabila cukup sukatan atau timbangan air itu dua kolah maka ia tidak menjadi najis oleh sesuatu melainkan apabila berubah warnanya atau rasanya atau baunya.
• Air yang kurang dari dua kolah menjadi najis apabila jatuh najis ke dalamnya jikalau tidak berubah warna,bau atau rasanya sekalipun.

0 comments:

Post a Comment